Tuesday, May 18, 2010

Trip To MIRI

Belanja Sambil Melancong ke MIRI, Sarawak

Pada : 14 Jun 2010M
Hari : Isnin



Pelancongan ini adalah bertujuan untuk Membuang stress selepas peperiksaan semasa cuti semester , dan ofcourse for berbelanja.


Pertukaran dan Perubahan Baru Bagi Logo Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan



Logo Baru 
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Selamat Menjalani Peperiksaan Abiskita !

 


Mulakan peperiksaan anda dengan senyuman.
Jangan Murung,
Jangan Kusut,
Jangan Stress
Dan Jangan Marah-Marah.


Relax Sajaaa..


Peringatan dan Amaran !!!

 



Semasa peperiksaan dijalankan jangan ada yang MENIRU, BERBINCANG dan yang sewaktu dengannya.
Jawapalah dengan menggunakan JAWAPAN abiskita SENDIRI, Jangan memalukan Tahun 1.. Ok.. 
Selamat Menjalani Peperiksaan Ustaz dan Ustazah Sekalian..

So apalagi, Membaca tah tani. jangan lalai. Ok?
Smile Always.. 
Kita Boleh buat Baa.. 
Senang saja baa itu kalu kita mebaca.. 

Jadual bagi Peperiksaan Semester 2 sesi 2009-2010 Telah Dikeluarkan

ISNIN 10/05/2010 : AL-LUGHAH AL-ARABIYAH II : 8:30AM – 11:30AM



RABU 12/05/2010 : HAFAZAN AL-QURAN (TAHRIRI) : 1:45PM – 3:45PM



KHAMIS 13/05/2010 : HADITH AHKAM : 8:30AM – 10:30AM



ISNIN 17/05/2010 : PEDAGOGI PENGAJARAN UGAMA : 8:30AM – 11:30AM



SELASA 18/05/2010 : METADOLOGI PENGAJARAN UGAMA : 1:45PM – 3:45PM



RABU 19/05/2010 : SOLAT & ISU SEMASA : 1:45PM – 3:45PM



KHAMIS 20/05/2010 : ENGLISH LANGUAGE II : 1:45PM – 3.45PM



SABTU 22/05/2010 : USUL FIQH : 1:45PM – 3:45PM

Lawatan Ke Pusat Kaca, Kg Kiulap

Pada : 27hb April 2010
Hari : Selasa
Tempat : Pusat Kaca, Kg Kiulap

Tetamu Ke Hormat Majlis 
Ustazah Hajah Norwati Bte Haji Abu Bakar
Dekan Hal Ehwal Pelajar KUPU SB

Tema : " Kanak-Kanak Cacat ( KACA ) Masa Depan Kita "

Lawatan ini telah dianjurkan dan diungkayahkan oleh Mahasiswa dan Mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Syariah Tahun 2..

Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama kanak-kanak cacat 
( KACA ), dan juga ingin mengembirakan mereka dengan acara-acara yang telah di susun dan di atur sebelumnya seperti Mewarna, Membina segala macam bentuk dengan menggunakan LIGO dan permainan Musical Chair.

Alhamdulillah acara-acara tersebut berjalan dengan lancar dan sambutan daripada pihak di pusat kaca sangat-sangat menggalakkan. 

Di samping itu juga, para mahasiswa secara sukarela membersihkan kawasan pusat KACA tersebut termasuklah juga membersihkan bilik-bilik dan juga Mencuci kereta Khas untuk Pusat Kaca tersebut.

Kami merasa gembira dan terhibur melihat kenakalan, kepintaran dan keceriaan kanak-kanak cacat ( KACA ) disana.




Majlis Tamat Bagi Kadet Bomba Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan 2010M/1431H












Pada : 28hb April 2010
Hari : Rabu
Tempat : Padang Kawad Kolej Perguruan ( Parking Kereta )

Tetamu Kehormat : Ustaz Dr. Haji Abdullah Bin Haji Awang lampuh
Raes Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan

Ok secara ringkasnya, Pasukan Kadet Bomba KUPU SB telah menamatkan latihan mereka pada hari tersebut dengan cuaca yang tidak begitu baik tetapi rahmat bagi kadet-kadet bomba kerana dihujani oleh air Hujan yang begitu meriah sekali ( Lebat ).

Walaupun dalam keadaan berhujan, kadet-kadet bomba KUPU SB masih tegak berdiri di padang kawad KUPUSB. Dengan penuh semangat dan berkeyakinan tinggi kadet-kadet Bomba berkawad kaki masuk ke padang kawad di ikuti dengan pegawai-pegawai bomba yang telah dilantik untuk melatih dan mengajar para kadet-kadet Bomba. 


Walaubagaimanapun, kadet-kadet bomba KUPU SB telah melakukan yang terbaik dan menunjukkan yang mereka berkebolehan di dalam kawad kaki tersebut walaupun latihan hanya dilakukan 2 x seminggu sahaja, Itulah kehebatan Kadet-kadet Bomba KUPU SB.. 

Setelah itu, dengan terpacakanya Kadet-Kadet Bomba KUPU SB di padang kawad tersebut, Aturcara majlis pun dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ucapan Alu-Aluan daripada Wakil Tetamu Kehormat majlis, Kemudian Penyampaian sijil-sijil kadet bomba bagi tahun 2010M/1431H pun dijalankan. 

Dengan berkawad kaki dan mengikut hitungan masa yang telah diajarkan seorang demi seorang berjalan dengan caranya yang tersendiri untuk menerima sijil masing-masing.

Selepas selesainya penyampaian sijil-sijil, sebenarnya Persembahan kawad kaki secara Statik akan dipersembahkan oleh Kadet-Kadet Bomba KUPU SB yang telah dipilih akan tetapi malangnya cuaca tidak mengizinka, so apa bleh buat. Acara ditamatkan dengan bacaan Doa Selamat kemudian Menikmatia Jemuan.

Sebelum menikmati jamuan, ICE Cream MR. Softy telah menantikan kehadiran kami, So apa lagi kami makan ICe Cream lah. Syukran dan berbanyak-banyak Terima Kasih diucapkan kepada Ustazah. 

Ok. Itulah Kisah yang saya dapat kongsikan Bersama Biskita.. 
Assalamualaikum.. 

Wassalam.. 

Thursday, March 4, 2010

Taklimat dan Latihan Kadet Bomba KUPU SB

Taklimat Mengenai Kadet Bomba KUPU SB Tahun 2010M/1431H
Berlangsung Pada : 6hb Februari 2010M / 21 Safar 1431H
Jam : 2 Petang
Tempat ; Mini Teater KUPU SB

Sekaligus bermulanya Latihan Kadet Bomba Buat kali pertama di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada pukul 4.15 Petang di Tempat Letak Kereta Kolej ( Berdepanan dengan Dewan Besar )

Mahasiswa dan Mahasiswi mula mempelajari Pelajaran-Pelajaran yang telah diberikan dan diarahkan oleh Jurulatih. 

..Taklimat Kadet Bomba..









..Latihan Kadet Bomba KUPU SB..
Kawad Kaki Kami..
Amacam ? 
Ada usul-usul Bomba kami atu?




Sambil-sambil menunggu Inche datang.. batah hantap!









Lurus Barisan Ke kanan Lurus.. Map seriyas jua muha mu?




Atu lawa Barisan.. Ruggat! Straight wah.. Bagus Manthap!



Perkara sensitif.. Tarik Nafas pelahan-pelahan.. ada banyak disana.. siapa tak nampak....?




Yum marah ko kah? tangan tinggal DIAM!





Jis.. masa kawad jangan TUTUP MATA.. buka basar-basar.. ada paham itu SKUAD?


Perasmian Kadet Bomba KUPU SB 2009/2010M


 Kadet Bomba Bagi Mahasiswa dan Mahasiswi Pra Perkhidmatan ( Freshie ) TAHUN 1 
telah Dirasmikan  pada 3hb Februari 2010M Bersamaan dengan18 Safar 1431H.
Hari : Rabu
Jam : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Besar KUPU SB.